HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Aug 29, 2012

Review : Makeup Kit Zilan Vital

Assalamualaikum..(^_^)

Everyone still in mood raya ke? huhu Sabar pada siapa yang dah start keje sampai harini ye.. And pada siapa yang masih bercuti raya, enjoy raya puas-puas. hehe Wawa ni pun alhamdulillah masih dalam mood raya. Nasib lah masuk kelas lambat lagi. So..boleh lah makan kueh raya kat umah ni banyak-banyak. huhu ^_^

Oleh kerana tak dapat nak tido, Wawa pun cari idea nak update blog. Bukan pe. Cuti raya makanya cuti lah blog. Orang laen dok update pasal raya, Wawa tak banyak gambar raya. So, nak update pun tak besh. Makanya terpaksalah cari idea lain untuk update. huhu Malam ni nak update pasal makeup kit yang dah lama Wawa beli but baru beberapa hari yang lepas digunakan. Guna pun sebab adeq Wawa tolong makeupkan kawan Wawa untuk majlis pertunangan kawan Wawa since barang makeup adeq tak bawak balik. Dye tinggalkan kat kolej. And nasib lah ade make up kit yang comel ni. huhu

TAADDAAAA...

Makeup Kit ZilanVital keluaran Cosway. Wawa saja je beli coz dalam ni lengkap ngan eyeshadow, blusher, colour corrector, eyebase, mascara. Harga tak silap Wawa around RM49 cmtu kot. Wawa tak ingat sangatlah coz beli dah lama tapi gunanya tidak. huhu 


makeup kita ZilanVital keluaran Cosway



Bentuknya yang bertingkat. Senang nak bukak and nak tutup. 


Siap ada mascara lagi and boleh tengok cermin hari-hari. 


Eyeshadow 12 colour. Semua nya colour soft. Namanya makeup kit, makanya colour pun terhad lah. huhu 


Antara colour yang ada untuk lipcolour. Dah ada kesan garis-garis. Mak silap letak. Ingatkan yang ni pun eyeshadow. Tak pasal-pasal lipcolour melekat kat kelopak mata cik bie. hehe 


Colour corrector, eye base, mascara, blusher. Basic need. 


Susunan yang ditunjukkan kat bahagian belakang supaya tak tersilap macam mak Wawa. hehe 



Hasilnya pada hari pertunangan Cik Bie. Adeq apply colour pink + light brown. Tak nampak sgt coz tua punya badan request nak makeup nipis. Maka ni lah hasilnya. :)



SELAMAT BERTUNANG YANG!!


p/s: Nak cerita pasal rye..tapi gambar tak banyak. pity me. :(
p/s: Ada sesiapa nak order Beutskin Essence? :)

Aug 21, 2012

Salam Aidilfitri..

Assalamualaikum..(^_^)



Masih belum terlambat untuk Wawa ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam terutamanya kepada blogger-blogger yang selama ini telah memberi sokongan kepada setiap apa yang Wawa lakukan. Dan disini Wawa juga ingin memohon maaf jika selama perkenalan kita di alam maya ini ada yang mengguriskan perasaan atau ada yang terkasar bahasa. Semoga tahun hadapan kita masih mempunyai peluang untuk menyambut hari yang mulia ini lagi.  

SELAMAT HARI RAYA.. :)



p/s: lambat wish gara-gara kat kg tenet lombab macam ciput..huhu

Aug 12, 2012

Berbuka puasa di kampung..


Assalamualaikum..(^_^)

Weekend haritu Wawa berkesempatan untuk berbuka puasa di kampung. And sebab balik kampung jugak because of my mum nak jahit baju raya. Ni gara-gara mesin jahit mak Wawa tiba-tiba tak boleh jahit kain sutera. Kain laen boleh pulak. Pelik tol. huhu And nasib lah kat kampung ada mesin jahit my aunt. Boleh jugak mak siapkan baju raya dye. huhu And untuk berbuka puasa haritu, Mak Tua (nenek Wawa kitorg panggil Mak Tua..hehe)  buatlah 2 jenis kerabu. Memang marvelous + sedap sangat. *kecur ayaq liur tym taip* hehe  So...jom tengok menu Wawa di kampung. Sorry if gambar tak clear..kamera x bawak balik. Guna handphone je.. huhu


kerabu masak santan dengan perut lembu..sedappppp..

ayam masak kicap my mum..sedapppppp...

ayam bakar masak kunyit..sedapppp..

kerabu biasa..lupa apa nama..pun sedaapppp...

sayur air febret mak tua..rasa..tapi sedappp..

Alhamdulillah..makanan yang ada semuanya sedap-sedap walaupun simple. And paling sedap kerabu yang lupe nama tu..coz amat lah pedas + sedap sangat. huhu Konon nak amek resepi ngan Mak Tua untuk kerabu perut tu..tapi lupe lak..huhu Next balik kampung..minta balik..hehe :)


p/s: Contest review dilanjutkan kepada 13/9/2012..kepada yang belum join..jom join.. nanti dapat duet raya free.. :)

Aug 4, 2012

Sosej Roll.. :)

Assalamualaikum..(^_^)

Harini Wawa and adeq agak rajin sikit coz harini kitorg dengan jayanya telah membuat sosej roll yang sekian lama dah plan nak buat. And akhirnya tercapai jugak. Pagi-pagi around 11am dah kuar dengan mak g beli barang-barang keperluan and termasuk lah barang untuk buat sosej roll. Yang takde juz serbuk roti and roti je. Yang laen dah ada semua. huhu So..jom tengok hasil kerjasama Wawa and adeq. hehe :)

Bahan yang digunakan oleh kami:


 + Sebuku Roti Gardenia
+ 2 biji telur (dipukul sedikit and boleh tambah air untuk kasi banyak)
+ 2 pek sosej Ramly
+ Serbuk roti
+ Sedikit gandum (pekatkan gandum ikut citarasa masing-masing - digunakan sebagai gam)

Cara-caranya:

1.  Untuk roti dan sosej, Wawa potong kepada 2 bahagian. Coz untuk family je makan. So..potong 2 bahagian pun dah ok. Klau tak mau potong pun xpe..ikut kepada citarasa masing-masing.. :)



2. Kemudian, roti yang telah di potong itu, di gelek sehingga menjadi sedikit leper. Ini adalah untuk menyenangkan kita bila nak letakkan sosej nanti.. 


3. Pada masa yang sama, sosej yang dipotong tadi di gulung dalam roti.  Dan di hujung roti tadi, diletakkan gandum yang telah dipekatkan. Pastikan sosej yang digulung tadi melekat dengan baik. Supaya tidak terbuka. :)


4. Selesai lakukan gulungan sosej ke dalam roti, masukkan roti tadi ke dalam telur yang telah disediakan. Celup roti ke dalam telur sehingga sebati. 


5. Kemudian masukkan ke dalam serbuk roti yang disediakan. Pastikan serbuk roti tadi melekat pada roti yang bersalut telur dengan sepenuhnya. Supaya nanti bila masak nampak cantik. Untuk cantik, beli serbuk roti colour oren. Wawa beli RM4 je sebungkus. :)


6. Ulangi langkah yang ada sehingga lah terhasilnya sosej roll anda. And klau nak frozen..boleh simpan dalam bekas and letak dalam peti ais.  Dah siap Wawa punya. Tunggu masa untuk digoreng. :) 


AND

Taaaadaaa~~ Wawa punya dah siap di goreng. Nak sedap lagi boleh makan dengan sos + mayonis. Memandangkan mayo habis..makan dengan sos je..huhu Jemput makan.. ^_^



p/s: Baca balik rasa pelik je ayat Wawa buat. Hopefully ianya memberi manfaat..hehe :)
p/s/s: Selamat mencuba and selamat berpuasa.. ^_^
p/s/s/s : Jangan lupa untuk join contest Wawa ye.. :)

Aug 2, 2012

1st day berbuka di rumah..

Assalamulaikum..(^_^)

Alhamdulillah..akhirnya Wawa dah kat umah. Sungguh nikmat bila berada di rumah sendiri. huhu Around jam 6am tadi sampai. Without any planning..Wawa pun tido lah sampai ke tengahari. Penat duk dalam bas 9jam tak habiz lagi. huhu Ok lah..juz nak share apa yang my mum masak untuk kami bertiga. Since before ni mum Wawa sorang-sorang bukak pose..so..bekalan makanan kat rumah pun cukup makan untuk mum sorang je. huhu And menu hari ni..my mum masak kan nasi minyak + ayam masak merah. Juz simple makanan coz nak g pasar dah lewat + traffic jam. So..masak apa yang senang je lah. huhu Check it out~ 


nasi yang cukup lemak + sedap..my mum juz makan ngn ikan goreng.huhu 

faveret wawa n adeq.. :)

acar cincai..mak wawa malas nk wat cantik-cantik..huhu

harini sambal belacan ni sedap. habis kitorg makan.huhu

AND

pencuci mulut. seriously manis sgt..ni pun dok tengah makan sambil update..huhu 


Ergggg..alhamdulillah..kenyang berbuka hari ni.walaupun juz makanan simple.. :) u olls harini berbuka menu apa?  :)


p/s: 8hari lg contest Wawa nak abiz..siapa-siapa yang belum join..still boleh join. :)
p/s/s: update untuk tatapan anak cucu masa depan.hehe