HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Dec 9, 2012

Batam 3D2N (Part 1)

Assalamualaikum..(^_^)

Selamat berhujung minggu and also selamat bermalas-malasan di rumah. Wawa 1hari harini tak buat apa keje. Seriously malas tahap cipan. Bukak tesis, tutup tesis, bukak balik, tutup balik. Tapi satu habuk takde. Memang malas semalasnye la. huhu Harini kat bilik cari aktiviti supaya tak boring memandangkan mood nak buat tesis takde. So..Wawa pun edit lah gambar Batam yang Wawa g bulan lepas. Memandangkan Wawa belum update lagi pasal Batam. Makanya rajinkan lah untuk edit gambar. huhu 

Ok..trip ke Batam ni actually plan lecturer Wawa untuk reward kami yg kerja keras untuk research beliau. Wawa punye tolong tu sikit je. Tapi alhamdulillah..dapat jugak ikut. hehe (^_^) Seramai 14org kami termasuk Wawa and kawan-kawan and also beberapa pensyarah ktorg. Wawa kesana selama 3hari 2malam. 

Pagi 12/11/12, jam 7.30pagi kami bertolak ke Stulang The Zone, JB coz untuk ke Batam ktorg naek ferry je. Sebab dekat. So..takde lah nak naek flight kan. huhu And memandangkan ktorg punye ferry pukul 9.30am, maka keluarlah awal coz hari Isnin takut sesak dengan orang nak g kerja. Before boarding, ktorg makan dulu kawasan The Zone tu. Bukan pe..nanti naek ferry lapar. Makanya makan lah dulu ktorg.


After selesai makan semua, ktorg gerak ke The Zon - Stulang Laut International Ferry Terminal , Tingkat 2 di sebelah The Zone Hotel. Untuk naek ferry ktorg kena check in setengah jam before ferry gerak. Kirenya 9am tu dah kena beratur siap. And kali ni ktorg g under En. Daud travel agency. And alhamdulillah, harga yang ktorg dapat berbaloi and cukup murah untuk students. :) OK..perjalanan dari Stulang Laut ke Batam Centre Ferry Terminal around 90minit camtu. So..dalam ferry boleh lah tido dulu. huhu 

tiket feri g balik and also visa untuk masuk Batam.. :)

dah kat dalam feri. Otw nak gerak. 

Ok..perjalanan 90minit dah hampir sampai. Around 11.30am macam tu kami sampai. Gambar dalam feri banyak. Tapi tak kan nak upload semuakan. Tu yang 1 gambar je letak tu. hehe Bila u ollss nampak je bangunan macam tu and ada banyak ferry tu, maknanya u olls dah sampai di Batam Centre Ferry Terminal. :) Yeah!! Masa untuk shopping. Dalam kepale tym tu ingat makan coz lapa. Pagi hanya makan roti canai 1 keping. huhu Owh..lupe nak mention. Ktorg naek ferry Citra Indomas nama. Tiket rasanya RM150 ke Batam. (kalau salah betol kan ye)


Di Batam, kami bergerak guna bas kecik la boleh dikatakan yang mana bas tu boleh muat dalam 20orang. If u olls g sana around 7-10 orang camtu, u olls akan naek van. huhu And alhamdulillah, kami semua sampai je kat terminal Batam, bas dah siap tunggu semua. Thumbs up!! :) And di Batam Centre pun ada kemudahan macam money changer, transport if u olls yang datang xde kenderaan and also ada hotel reservation semua. Kirenye senang la kalau tiba-tiba datang tanpa buat apa-apa preparation. Tapi rate Wawa tak tahu lah samada mahal or tak. huhu 

at Batam Centre Ferry Terminal

En.Daud our tourist guide merangkap travel agent ktorg.. :)

Ok.. after dah masuk bas semua, tempat 1st ktorg g adalah di Tabita Furniture. Coz nak masuk hotel terus tak boleh. Jam baru kul11.30. Kat sana, ktorg tak guna jam Indonesia coz Batam lewat 1jam. Untuk senang, ktorg guna je waktu Malaysia. So..tak payah nak tukar waktu kat jam. hehe Tabita furniture ni ofcoz lah konsep dye furniture kan? Ada katil..ada almari..ada perabot2 cantik. And apa yang besh, Tabita Furniture ni pun ada cawangan kat JB ok. Seee..klau u olls ada yang berkenan, tak payah susah-susah angkut dari Batam. Beli je kat JB. hehe Tapi harga maybe berbeza la kot. Coz kat Batam murah lagi rasanya. hehe 



pantang jumpe cermin..huhu 

Habis round-round kat Tabita, we move to kedai kek pisang Villa yang mana kedai ni agak famous amos di Batam. And di Batam kek yang popular adalah kek pisang. Kek pisang tu pulak bukan kek pisang semata-mata, tapi siap ada flavour lagi tau. Haaaa..kat kita takde kan? Antara ole-ole yang mana orang cakap wajib cuba if datang Batam. Wawa pun ada gak beli 1. Kek pisang je cheese. Nak rasa coz tengok lecturer and kawan-kawan yang lain beli. Wawa pun beli sama lah. Apa yang bagus, kedai ni ada perkhidmatan penghantaran ke hotel u olls if u olls malas nk datang amek. Boleh request suruh dorang hantar kan. Coz ktorg buat macam tu. huhu 


semangat semua org duk try apa yang ade..

boleh try mn yg berkenan ye.. :)

Time ktorg ngah seronok-seronok pilih nak kek pisang yang mana, datang budak kecik. Umor dye around 5tahun cmtu la kot. Datang kat kedai kek pisang tu suruh ktorg beli suratkhabar. Seriously sedih tengok. Budak kecik klau kat kite..umor camtu ngah seronok maen-maen and belajar kat tadika. Tapi budak tu, jual koran dengan hanya harga 2000rupiah. Berapa sangat la dorang dapat agaknye ye. And memang banyak budak-budak camni kat sana. Kadang-kadang takut jugak. Tapi bila tengok tu sedih pun ada. huhu 


Oh..lupe nak mention lagi. Sebelah kedai kek pisang ni adalah kedai Dian Pelangi. Haaaa..tym ktorg tengok tu teruja habiz la. Entry pasal kedai Dian ni next entry la ye. Coz Wawa juz masuk macam tu. Tengok pun camtu je. huhu Ok..siap semua dengan tempahan kat Villa Kek Pisang, masa untuk makan. Untuk 1st day ni, ktorg makan kat Kedai makan Pak Datuk. Makanan yang berkonsepkan padang. Seriously makanan dye sedap + memang licin ktorg habis kan. And baru check in hotel semua. Tapi untuk makan and hotel ni, Wawa update di entry lain jgak ye. Klau tak panjang sangat entry ni. huhu 

Next destination, ktorg ke kawasan yang di kenali New York di Nagoya. Kawasan ni terletak di kawasan Bandar Nagoya yang mana dekat dengan hotel Wawa. And kat kawasan New York ni deretan kedai jual beg, perfume, jam, luggage. Masuk kedai ni beg. Masuk kedai ni lagi beg. And beg yang ada seriously cantek + rambang mata. And harga pun boleh tahan + still boleh tawar menawar. Ada banyak beg yang Wawa berkenan nak-nak lagi Furla Transparent. Tapi tu..bukan keperluan. So..mampu lihat je dulu. Maybe next tym. kehkeh ^_^





Dah habis cuci mata di New York tengok bag, ktorg pun gerak ke kawasan England di Jodoh coz ade permintaan dari lecturer nak beli kain. Tapi kedai kain nye tak banyak sangat. Yang banyak choice pun kat Bombay Textile. Kat situ Wawa jumpe kain yang ade bunga-bunga trend sekarang pakai tu kan. Ala..rose yang letak kat tudung, baju semua tu. Haaa...kat situ banyak tau. Dahlah murah. huhu Tak pasal-pasal Wawa 'terbeli' jugak 1. huhu Tapi bukan untuk Wawa lah. Untuk adeq Wawa. Kat Bombay Textile ni jugak ada banyak pilihan if u olls nak beli baju untuk buat baju nikah. Seriously lawa + rambang mata. Harga still boleh tawar..hehe 




Berhadapan dengan Bombay Textile adalah kawasan di mana ada jual handphone and also barangan elektrik, baju Ilovebatam and macam-macam lagi. And if u olls yang datang ada duet lebih and nak beli handphone kat sana..boleh lah beli. Tapi klau rosak kena datang sana balik la repair coz warranty yang ada hanya valid kat sana je. Bukan international punye warranty. huhu Oh..lupe..nama bangunan tu Plaza Top 100. 



Pada u olls yang mana nak call parents nak gtau dah sampai, boleh beli simkad kat sana. Tapi klau tak g kat Plaza Top 100 tu, rasanya kat kedai-kedai jual handphone ade simcard ni. Namanya simPATI. Tak tahu kenapa simPATI. Tapi time ktorg dok borak-borak kenapa nama macam tu..ktorg assume stand for "pendatang tanpa izin". Means bukan untuk local sana. hehe Juz joke. Mesti dorang ada sebab kenapa letak nama tu kan and hanya orang sana je tau. Ktorg tak g tanya lah pulak. hehe Harga sim tu dalam 2,000rp macam tu kot. huhu 



OK..nak balik da..dah penat seharian jalan. Setel kat kawasan England, kitorg pun gerak g makan malam. And after makan, terus balik hotel. Coz bas yang ktorg guna hanya sampai kul9 waktu Indonesia. So..tak dapat nak jelajah mana-mana lagi. Untuk edisi makan, next entry la Wawa buat. Klau tak nanti, panjang sangat entry ni..huhu 


Daaaaaa... ^_^

8 comments

December 9, 2012 at 3:15 PM

cik wawa...xsilap yang RM15 2 bukan harga tiket..2 tax..harga RM150 xsilap

December 9, 2012 at 4:51 PM

wow....bestnyer....

December 9, 2012 at 7:33 PM

bestnyaaaaa ! macam dekat je eh. hehe. kena guna passort x kak wawa ? sory noob sikit :) x sabar nak tggu next entri !

December 10, 2012 at 12:36 AM

@ayu jue: owh..yeke? huhu.. slh la plak..ok..thanks.. hehe :)

December 10, 2012 at 12:37 AM

@BoNDa : hehe..nnt Bonda g la sana jugak..besh shopping..huhu

December 10, 2012 at 12:38 AM

@miss farhah : haa..dekat je.. awak ajk la kwn2 awak g sana..huhu kena dear.. :)

December 10, 2012 at 11:13 AM


kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

December 12, 2012 at 7:21 AM

Hi Wawa, this coming to you from across the ocean.
I enjoyed looking thru the pics. Very nice.
I guess you must have buat your credit card keluar asap seeing the great shopping there. Ha ha.
Have fun, and keep a song in your heart.
Lee.

Post a Comment