HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Jul 21, 2012

Camping di Air Terjun Berkelah, Pahang

Assalamualaikum..(^_^)

* Amaran : entry panjang*

Selamat pagi dan selamat berpuasa! Waaaa..pagi-pagi lagi Wawa dah update blog. Nampak tak semangat puasa tu ada? kehkeh :P Actually, sebab memang dah niat nak update blog pasal camping Wawa 2 minggu lepas. Alang-alang after sahur tadi tak tido..and dah siap blogwalking..Wawa pun decide nak update terus lah pasal camping tu. Dah berminggu dah simpan dalam draft.huhu

Ok..back to topic. Activity camping ni Wawa join under group IPF UTM (Insititut Pembangunan Felo). Actually tak rancang pun nak join. Ni pun last minit coz Farah yang ajak. Last meeting Farah beritahu yang boleh ajak kawan. Wawa pun terus setujulah. Lagi pun ni 1st activity yang Wawa join sejak sambung study balik. Sedih kan? Thanks to IPF and Farah coz ajak Wawa join..ada jugak aktiviti minggu yang nak buat..huhu :) Camping ni selama 2 hari 1 malam di Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang. Kami bergerak dalam 13orang termasuk felo + pasangan, pembantu felo dan Wawa sendiri. Around 11.30pm kitorang bertolak dengan 2 buah van kolej. Segala persiapan dah siap sedia..Wawa hanya kena bayar RM30 untuk makan + baju. hehe Misi kitaorg adalah ingin  menawan Air Terjun tingkat 7..hehe



Perjalanan malam tu amek masa lebih kurang dalam 6 jam. Dalam kul 5.30am kitaorg dah sampai kat Masjid Kampung Gelugor, Kuantan. Kat sini kitorg berhenti untuk solat dan persiapkan diri. Actually, tujuan nak cari makan kat situ jugak..tapi disebabkan kedai sebelah masjid lambat bukak..kitorg terus ke Gambang untuk breakfast. Nasib jumpe kedai besh. Makanan pun sedap! Dekat dengan Gambang Resort plak tu..hehe :)


Sarapan utuk hari tu. dari tak nak makan kena makan jugak..nasib x sakit perut je..huhu

Selesai makan semua, kami bergerak kembali ke masjid tadi untuk naek lori ke kawasan air terjun. Dan mostly yang datang tujuan untuk ke air terjun, dorang akan tinggalkan kenderaan mereka kat kawasan tu and naek lori ke kawasan dalam. Kalau nak bawak kenderaan sendiri masuk pun boleh tapi agak bahaya. Coz uncle lori tu cakap, bila waktu malam, budak-budak nakal datang pecahkan cermin kereta and amek barang berharga. Last week (tym Wawa pergi), dia baru je hilang 4-4 tayar hilux. Sian uncle tu..huhu So..untuk keselamatan..sewa jelah lori. If Wawa tak silap..dalam RM6/seorang je. ^_^

dah macam orang pelarian dah kitaorg ni..huhu

Dalam 20minit perjalanan, kitaorg sampai kat jambatan. Tapi tu bukan maknya dah sampai kat air terjun. Nak sampai sana kena trekking sikit. Sikit-sikit pun boleh tahan gak lah penat nye. Tym Wawa g tu, jambatan untuk kenderaan masuk ke main entrance roboh coz hujan lebat. Maka, terpaksalah kitorg redah jambatan roboh tu untuk sampai sana. 

group from S'pore naek lori sekali ngn kitorg..huhu

jambatan roboh..terpaksalah redah.. we're champion! hehe :)

Then, kitorg teruskan lagi perjalanan untuk sampai ke main entrance dan boleh tahan jugak lah jauh nye. Patutlah untuk masuk ke dalam ni diorang buat jambatan and menggunakan kenderaan. Coz klau gune tenaga kita, sampai malam pun belum tentu sampai. huhu Sampai-sampai je terus happy and bergambar banyak-banyak wat kenangan. hehe And baru kitorang bergerak untuk cari camp site yang sesuai. 1st yang kami jumpe air terjun kolam 1. Berenti berehat di 


And baru kami bergerak masuk ke dalam untuk cari camp site yang sesuai. 1st yang kami jumpe, air terjun kolam 1. Cantik sangat + air sejuk. Tapi kitorg kat camp site kat situ lah coz nanti nak naek ke tingkat 7 penat naek + penat turun. huhu



akhirnya sampai air terjun kolam 1.. :)



aksi kanak-kanak ribena..cbe cari wawa kat mn? hehe

Hampir 20minit berhenti di checkpoint 1, we olls teruskan lagi trekking ke checkpoint ke 2, air terjun kolam 2. Kat kolam 2, camp site dye besar tapi sayang dah ada orang yang camping kat situ. Makanya, terpaksalah kami mendaki lagi ke camp site seterusnya. And akhirnya we olls memilih camp site kolam 3 coz kat situ cukup untuk muatkan 5 khemah and tempat camp site tu pun bersih and yang penting selamat. 


Sampai-sampai kitorg terus dirikan khemah coz nak masak untuk tenghari. Semua orang bekerjasama dirikan khemah. And tu yang untung nye pergi dengan orang yang berpengalaman, semua barang yang dorang bawak..mencukupi. Minta je nak apa..semua ada. hehe



Selesai semua, kitaorg start masak. Yang jadi chef haritu ofcoz lah K.fadh. Kami yang comey-comey ni juz tolong mana yang mampu. Bagi yang lebih berpengalaman masak. hehe And makanan kitaorg haritu ada ayam masak kicap, sayur goreng, telor dadar, and pisang pencuci mulut. Walaupun tak proper tapi semua makan abiz tau..licin! Coz perasaan makan tym camping ni laen sikit. huhu Excited + seronok.. :)



hasil titik peluh we olls hari tersebut.hehe 

Siap je makan + kemas, Wawa, farah, K.fadh pun apa lagi terus terjun kolam. Yela, kolam 3 ni kat depan camp site kitorg je. Sebelum masak pun Wawa dah masuk tapi tak terjun abiz la. huhu Tu yang pas makan je terus g mandi. Yang Moon + husband dye lagi besh..awal-awal lagi dah terjun. hehe Seriously Wawa cakap..air dye amatlah sejuk + besh. Siap ada arca batu berdiri lagi. Tapi  1 je.. kat situ tak dalam sangat..so..kalau nk menyelam agak tak besh. Bukan Wawa yang cakap..tapi K.Fadh yang cakap..hehe


arca batu berdiri..serioulsy kagum tym tengok.. :)

Maka, tibalah masa nya untuk kitorg trekking untuk menjayakan misi ---> Air Terjun tingkat 7. Tapi before tu..kitorg maen terjun-terjun dulu di kolam 5. Seriously Wawa cakap..memang Wawa tak berani langsung untuk terjun coz dalamnye mencecah 15meter kalau x silap. Tapi disebabkan oleh 'motivasi' hebat oleh En.Zul dan juga sebab pakai life jacket...makanya Wawa berjaya jugak terjun. Memang rasa sangat takut and almost 20minit dorang pujuk kot. Pastu Wawa terjun jugak. And Wawa sharekan sekali video terjun Wawa. Rasa macam x percaya pun ada. huhu



sampai-sampai terus bergambar di kolam 5..hehe


Abiz bergumbira di kolam 5, kami bergerak menuju ke tingkat 7. Misi yang masih belum tercapai. Coz orang cakap klau datang Air Terjun Berkelah, kalau tak sampai tingkat 7..memang rugi. Coz datang penat-penat tapi tak sampai sana. Pertengahan jalan kitorg juz berenti kat kolam 6 jap amek gambar. Idea En.Wan and Wawan nak bergambar kat titi batang pokok. huhu 



kolam 6..agak dalam jugak..huhu

Kami teruskan lagi trekking naek kat bahagian atas sikit. Kat tingkat 7 pun ada camp site. Cadangan En.Wan sebenarnya nak camp site tingkat 7 tapi oleh kerana takut dah ada orang..tu yang kami amek kat kolam 3 tu. huhu Air terjun tingkat 7 agak dalam. So..better pakai life jacket melainkan orang tu expert. Wawa memang kena pakai life jacket la. huhu 




Dan akhirnya kitorg boleh juga tarik Farah masuk air. Terima kasih K.fadh atas tindakan yang pantas. Kitorang pujuk punye la lama..K.fadh datang je terus tarik masuk air. hehe Bila ingat besh pulak. :) 



Tym kitaorg dah nak balik tu, ada group wat aktiviti macam flying fox. Kitaorg tak try pun. Hanya tengok dari jauh je..huhu Tapi rasa nye kalau nak maen yang tu kena bayar kot. Harga tak pasti berapa. Maybe siapa yang ke sini nanti..boleh lah try. hehe 

flying fox. tapi tak bagusnya..hisap rokok. mencemarkan alam je..huhu

Akhirnya misi XPDC kami berjaya. And bersyukur sangat-sangat semuanya selamat. Dan memang kitaorg bernasib baik coz sampai-sampai je di camp site, hujan turun dengan lebat. Dah la tym tu nak masak untuk makan malam. Tapi apa-apa pun..makanan malam tetap sedap walaupun ikan sardin + kicap + telor. hehe Maka malam tu kitorg tido kesejukan lah. Jam 930 dah tido. Tak sempat nk borak-borak dulu. 

Dan keesokan harinya, kami bergerak balik after siap makan + ice breaking. Pengalaman yang cukup besh. Maybe next tym, jika panjang umor mungkin Wawa boleh ajak budak kelas ke sini plak. hehe 





Air Terjun Berkelah,  7 & 8 Julai 2012.....


p/s: Jika camping, jangan bawak beg jusco ye. melainkan camping hari sabtu. hehe 

10 comments

July 21, 2012 at 11:15 AM

FEH.
nampak happening gile

July 21, 2012 at 11:29 AM

@Lyaa Suriany: huhu..mmg happening..next tym lyaa g la sne.. :)

July 21, 2012 at 1:19 PM

pergh...mmg panjang..hihih

wawa..terliur tgk manakan2 di hari prtama puasa ni..hihi

July 21, 2012 at 1:33 PM

waaaaaaaa..bestnye !!

July 21, 2012 at 1:52 PM

@Cik Nur : tu lah..tym rajin sgt la tu..huhu :P

tau xpe Cik Nur..Wawa td pun dah terliur tengok..huhu

July 21, 2012 at 1:53 PM

@Cik Rongoks : hehe..nnt cik rongoks g la sana..besh..huhu

July 21, 2012 at 3:06 PM

wow bestnya... saya memang suka camping and trekking ni... ohh pemandangan kolam 7 lawaaaa sangat. nanti nak ajak kawan kawan camping kat situ la :D

July 21, 2012 at 4:39 PM

@bella lim: hehe..mmg besh dye..nnt ajak la kwn2 ye..nk paling besh camp site kat tingkat 7.. :)

July 24, 2012 at 9:20 PM

pergh nampak mcm best jer hihihi

July 26, 2012 at 4:42 PM

@Wanieys : mmg besh wani..ada masa nnt plan la g sne .. :)

Post a Comment