HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Jun 1, 2012

Review : Sunan Musafir

Assalamualaikum..(^_^)


Akhirnya Wawa selesai sudah menghabiskan novel Sunan Musafir - Ramlee Awang Murshid. Punye lah lama Wawa tunggu akhirnya 2 hari lepas Wawa dapat jugak beli and baca. huhu  Yang Wawa beli ni adalah special edition punya coz yang di semua kedai hanya ada hard cover - RM35. Soft cover nye belum sampai. Untuk tidak menghampakan Wawa beli lah lagipun pekerja MPH cakap yang hard cover ni keluar around 1000pcs je. Tapi malangnya xde tanda tangan Ramlee Awang Murshid. Klau yang dulu...Sutera Bidadari , Ramlee Awang ada tanda tangan. huhu Takpelah..yang penting Wawa dapat baca.hehe

Sunan Musafir ni adalah sambungan terakhir bagi cerita Laksamana Sunan yang mana terdapat 6 novel yang bersambungan iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan yang terakhir Sunan Musafir. After ni mesti rindu nak baca pasal Laksamana Sunan lagi. Bagi siapa yang memang mengikuti novel ni..sure rasa sedih kan?  *ke Wawa sorang je rasa sedih* huhu 

Wawa tinggalkan dengan sedikit sinopsis dari novel Sunan Musafir ni.. :)


Sinopsis:

Allah menciptkan cinta, jesteru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? 

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? 


p/s: After ni apa agaknya buku terbaru Ramlee Awang Murshid ek..x sabar nak tunggu yang baru.. ^_^

8 comments

June 1, 2012 at 5:57 PM

Kita baca jugak cerita ni. tp tk thu pulak ada 6 sbnrnya. baru baca sampai hijab sang pencinta. kena beli lagi ni hehe

June 1, 2012 at 6:17 PM

@zira : owh..yeke? besh kn cte dye? huhu a'a..semuanya ada 6..yg 1st bagaikan puteri..huhu :)

June 2, 2012 at 12:28 AM

ikut juga novel ni..kalau dh hbis bc mesti sedih kan..rasa macm nk baca word by word..x nk habis bc..

June 3, 2012 at 8:15 PM

@zietyrahman: betol2!! wawa pun rse cmtu..tp tu la.. sbb nk tau ending dye mcm mn..kena jugak abiz kn cepat..huhu

June 15, 2012 at 2:26 PM

sedih jugakkk~~~
lepas ni x dpt dh baca kisah pengembaraan laksamana sunan...T_T

tp mana tahu kalau En RAM nak sambung pula kisah pasal Andika aka sunan musafir pun best jugak tu..

June 15, 2012 at 3:27 PM

@Kaseh Esmiralda : tu la kan.. sedih je kan.. tp ending dye mcm ada smbungan kan.. ye kot pasni RAM sambung psl andika..hehe same2 kite tggu k.. :)

June 28, 2012 at 2:12 PM

stuju dengan wawa..memang teruja+sedih+bersemangat lepas dapat bace the ending of the story pasal laksamana sunan..novel yang sangat baik,digarap dengan penghayatan ilmu2 rohani,dan lain2..sebenarnya,inilah sumber kekuatan islam yang sebenar,kerana bantuan Tuhan..umat islam sekarang lemah kerana menganggap bantuan Tuhan itu adalah sampingan...sebenarnya itu adalah sumber kekuatan yang pertama dan utama..kagum dengan garapan novel ini...(^_^)

June 28, 2012 at 4:36 PM

da bce sunan musafir??
rindu kat laksamana sunan,,

Post a Comment