HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Apr 26, 2011

Bunga-Bunga Cinta - Mihrab Cinta

 Assalamualaikum.. (^_^)

Awal pulak rasa hari nie update blog. huhu Tapi takpelah coz petang nanti Wawa ada exam 1st paper. So, kena study la yo. huhu Semalam makan nasi lemak kat blik member dye pasang lagu bunga-bunga cinta dalam cite Mihrab Cinta yang indonesia tu. Penyanyi yang comel Asmirandha dengan Dude tue. Mesti u ol lagi tau dari Wawa kan? huhu Tapi takpelah.. kat sini Wawa nak share lah lagu dye. And sekaligus nak jadikan music background untuk blog ni. Coz lagu dye besh. Ske3!! hehehe

Ok lah. nak sambung study. Kat cni Wawa share kan youtube lagu ni yo. Kalau nak dengar lagu ni boleh lah check in kat blog Wawa hari-hari. *promote apa?* hehehe :P








p/s: Layan lagu ni dari malam sampai pagi. Dari pagi sampai malam. hehehe :P



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)

Apr 25, 2011

Selamat Berjuang Untuk Exam Yang Terakhir.. T_T

Assalamualaikum.. (^_^)

Alhamdulillah. Akhirnya mood Wawa untuk merepek dalam blog ni kembali pulih. Rope-ropenye bila mood untuk blogging ni hilang, susah nak dapat balik. Nak-nak lagi bila tinggal 2 3 hari tanpa entry. huhu Agak sedih bila bukak blog tengok tak pape. Tapi takpelah harini mood Wawa dah ade balik. So, bolehlah merepek balik..hehe :D


Presentation Viva da selesai. Alhamdulillah. Kat sini ada tips untuk Presentation Viva. Jom check in kat sini yo! Yang menanti sekarang ni adalah untuk siapkan PSM iaitu tunggu masa untuk jilid + anta terus. And yang paling penting EXAM!! Coz ni merupakan last EXAM yang Wawa kat UTM ni..Mesti after ni rindu untuk jawab exam macam kak Nurul Ain ni..hehehe Persediaan exam kali ni takde   pun macam-macam dulu. Macam pergi library, wat study group. Oh!! Rindunye. hehehe 

Kali ni  Wawa rasa macam nak kongsi tips exam lah. Tapi bukan dari Wawa lah ye coz nak kawan-kawan try tips dari kawan Wawa iaitu Cik Rye @ Puan Raihan. Sape yang dah selalu check in kat blog dye ni, mesti pernah baca kot. Tapi tak pelah. Wawa nak kongsi jugak untuk minit-minit terakhir nie. huhu 


4 TIPS YANG WAWA BERKENAN.. (^_^)

  • Malam before exam Cik Rye ni akan tido awal, pukol 9 malam dah tarik selimut and kroh kroh kroh. Energy kene banyak.
  • Be positive, doa banyak-banyak. Amalkan doa penerang hati, ayat seribu dinar etc etc. Doa biar spesifik. 
  • Nak dekat-dekat exam selalunyer Cik Rye ni akan buat muka tembok jumper pensyarah supaya doakan dye and tak lupa mak ayah. Kengkadang pergi masjid UTM, beborak sikit and minta sesaper doakan gak. Walaupon tak kenal.
  • Time exam pulak, she avoid to sit dekat dengan her close friends, sebab Cik Rye ni  susah nak fokus. Dye akan duduk kat orang yang  jarang dye bertegur sapa. And dye tak kan duduk dekat ngan laki bersuara besar, sebab biler dier berdehem jer, dye akan cepat  terkejut lalu hilang fokus. Inikan kalo dier bersin.

Huhu.. tu lah serba sedikit yang terdapat dalam tips Cik Rye. Kalau nak lebih banyak lagi, boleh check in kat blog Cik Rye ni ye pasal tips exam....berbaloi-baloi!! :D Selain tue ade lagi blog yang ada kasi tips study last minit. Let's check in HERE! hehee :D

Wawa harap tips yang di berikan oleh kawan Wawa ni berbaloi-baloi untuk diamalkan oleh korang. Ok lah.. Wawa nak sambung study lak ni. Esok 1st paper. Doakan Wawa dapat jawab dengan baik ye.. hehehe Mekaceh semua...




p/s : Sebelum sembahyang subuh, eloklah sembahyang hajat terlebih dahulu untuk memudahkan urusan pada hari berkenaan. :) To all SGTian, Gud luck!! :D



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)

Apr 20, 2011

Make Ur Day More Perfect! Mix and Match.. :D

Assalamualaikum.. (^_^)

Happy Wednesday! Wawa ni sebenarnya runsing dengan presentation hari Jumaat ni. Runsing bukan apa. Runsing coz nanti hari present nak pakai apa and apa lah yang akan ditanya oleh panel-panel Wawa nanti. Tu yang runsing ni. Tapi praktis skipping speaking belom lagi ni. huhu Takpo-takpo jap lagi praktis yo! Ngah duk pikir apa yang nak di cerita malam ni untuk kawan-kawan, tiba-tiba dapat idea nak post pasal mix and match. Manalah tau apa yang Wawa post ni boleh bantu Wawa hari Jumaat ni kan? Ye dok? hehehe

Ok lah, mostly especially gurlz mesti pening kepala setiap kali klau nak kuar. Betol dak? huhu Kalau kawan-kawan tak..bagus lah. Tapi kalau Wawa..YES!! Memang ambil masa berjam-jam lah kalau nak siap kuar. Dat's y, Wawa kena bersiap 1 jam or 1 jam setengah before kuar tu. Kalu tak nampaknye berjam-jam lah nak kena tunggu. huhu So, kat sini Wawa nak share knowledge mix and match yang boleh Wawa dan kawan-kawan apply klau nak kuar. Tak kesah lah pergi pasar beli ikan ke, pergi kebun bunga ke, or mana-mana lah. Yang penting, pakaian kite elok dipandang. Tak gitu? :D 



  • Jeans + T shirt

1st of all, yang paling senang mix and match ni JEANS + T SHIRT. Actually, jeans + T shirt ni memang sesuai and mudah untuk digayakan. Coz ianya mudah dan ringkas. And sesuai klau seseorang tu nak bersantai-santai . Untuk mengelakkan penampilan nampak kosong, kawan-kawan boleh lah tambah rantai panjang or cekak rambut untuk tambah gaya. Bagi yang bertudung, boleh guna 'inner' untuk cover. Tapi kalau kawan-kawan pakai baju T lengan panjang, bolehlah tambah dengan gelang tangan pelbagai warna. And jangan lupe pakai kasut tumit tinggi or wedges or kasut bertutup or sneakers. Coz kasut pun akan menampakkan penampilan seseorang akan lebih cantik. 


boleh pakai untuk pergi dating ni..coz simple + nice.. =)

  • Cardigan
Cardigan ni ada 2 jenis. Yang panjang and yang pendek. Mostly yang pakai cardigan adalah tujuan untuk berimej lebih sopan. Cardigan lengan pendek sesuai if dipadankan dengan skirt panjang. Tapi.. haaa diingatkan TAPI... kalau cardigan panjang agak tidak sesuai kalau nak pakai dengan skirt panjang. Melainkan seseorang tu confident and tak kesah. huhu Tapi..ish..banyak benor tapi nye. Cardigan panjang ni cantek kalau pakai dengan jubah or dress panjang yang ikut bentuk tubuh badan kita. Mesti nampak nice. Nak-nak lagi kalau tambah dengan aksesori yang betul macam tali pinggang lebar untuk lebih tampak cantik. :)

sory..kat cni xde tali pinggang plak..hehehe

  • Dress Labuh (Betis)
Now a day, gurlz or women yang bertudung more trendy. But, still ada yang salah berfesyen when they in dress labuh or with jeans or with seluar longgar. Actually ianya bukan lah salah cuma tidak kena pada pemakaiannya. Jangan salah faham ye. Baca betol-betol pe yang Wawa tulis. huhu And cara terbaik untuk tampil lebih sopan but comfortable and fashionable, u all boleh lah padankan dengan pakai legging or panty hose. And plus korang pakai kasut bertumit or bertutup. If u all pakai dress polos yang tak banyak colour, boleh padankan dengan aksesori yang konta untuk tampil lebih menawan. 

tiba-tiba nak melaram mcm lah..sesuai ke? (@_@)

  • Kebaya
And the last one Wawa nak kongsi adalah kebaya. (Skema lah plak rasa). Boleh dikatakan, sekarang trend lah jugak bila kebanyakan dari kita pakai kebaya nyonya dengan jean. Ok, for gurlz yang tak bertudung, if pakai kebaya ni jangan segan-segan untuk sanggul rambut u all. Yang pastinya anda akan nampak anggun + menawan. And for yang bertudung, kenalah pakai tudung yang sesuai and kemas. Tak perlu aksesori yang berlebihan coz kerawang yang ada kat baju dah menaikkan seri penampilan kamu. Untuk tampil lebih anggun..bolehlah kenakan dengan seluar jeans yang agak fit dengan kaki + kasut bertumit. Wawa pun pernah jugak berkebaya + jeans ni. Tapi tak selalu lah.hehehe 

kebaya tahun lepas..dipadankan dengan jeans. *abaikan muke budak-budak*

kebaya di pakai dengan kaen pario..recycle balik kebaya yang dulu.. hehhe  save bujet.. (^_^)

So, Wawa harap kawan-kawan dapatlah sedikit info walaupun tak banyak.. Coz Wawa pun bukannya arif sgt pasal fashion ni. Tapi sekadar ingin berkongsi. Before that, ade tips yang Wawa ada untuk korang: 

  • Haruslah bijak memadankan dua warna terang. If tak yakin, jangan pakai tau. And dapatkan pandangan orang lain. Tu yang penting. Mcam Wawa selalu buat kat rumet. Cian rumet. :)
  • Elakkan pakai pakaian yang terlalu banyak corak. Kalau korang dah pakai baju bercorak, elakkan pakai seluar or tudung yang "kaya corak" juga ye. hehehe
  • Jangan pakai satu warna untuk semua. It's mean jangan lah korang pakai yang sedondon dari atas sampai bawah. Tue lah maksudnye. huhu
  • If korang pakai baju yang agak ketat, elakkan pakai seluar yang betul-betul ikut bentuk kaki. Sebolehnya, berikan imej santai kepada bahagian lain. Kalu tak nanti orang lain tengok kite macam 'sarung nangka'. huhu
  • Seeloknya, pakai lah yang tidak lebih dari 3 warna dalam satu masa. 


p/s: berfesyenlah ikut kemampuan and jangan kita menjadi mangsa fashion. =)

Apr 19, 2011

Menjadi Cantek dengan Michelle Phan Makeup... (^_^)

 Assalamualaikum.. (^_^)


Lagi 2 hari Wawa akan menempuh satu lagi cubaan sebelum Wawa menamatkan study kat UTM ni. Pasti lepas ni sedih kan? T_T Esok VIVA dah stat. Berdebar-debar pun ada. Entah macam mana lah nanti agaknye. Wawa punye presentation hari Jumaat. Dup-dap-dup-dap. Haish! Doakan Wawa ye kawan-kawan. Doakan semoga Wawa dapat present dengan baek walaupun lagi 2 hari. hehehe :D

Hari nie Wawa nak share pasal tutorial makeup yang di suggestkan oleh coursemate Wawa. Dan tutorial ni senang and simple. SO, everyone kan apply tutorial ni dengan senang + gembira. hehe Tutorial ni dibuat oleh Michelle Phan. For information kawan-kawan ye.. Michelle Phan ni dah lama da wat video makeup-makeup ni. And dye punye review pun memang banyak dah cecah beribu-riban dah. Memang awesome! huhu.. Sedikit info pasal Michelle Phan ni ye.. =)

  • lahir kat Massachusetts, United States.. tapi mak ayah dye ni lahir kat vietnam..hehehe
  • kerakyatan Michelle Phan ni American tapi cmne pun dye tetap org vietnam..
  • Michelle ni jugak spokesperson untuk Lancome.. hebat kan? Jelez tau..huhu
  • Dye ni join Youtube publish makeup toturial dye stat 18 Julai 2006. Sampai sekarang dah lebih 130 video dye buat pasal tutorial ni and org yg view dye da over 350,000,000 kali. Banyak nye?? Besh tu..

Antara video tutorial makeup yang Wawa suke dari Michelle Phan ni Romatic Valentine Look, Natural Beauty, Pretty Prom, Easy Autum..and banyak lagi lah..hehehe Tak nak lah Wawa bebel banyak-banyak..kite tengok video Michelle.. Video ni boleh apply untuk g sekolah or g class ye..senang sangat!! Jangan lupe untuk try ok.. (^_^)


    
                             



p/s:  Selamat Mencuba dan selamat malam.. :)

Weirdobytes.com Vs Miszwawa.com???

Assalamualaikum.. (^_^)

gambar nak besau-besau kan? :P

Selamat malam. Kawan-kawan ada rasa rindu Wawa tak ? hahaha Perasaan kan budak ni? hehe Alhamdullillah...akhirnye blog Wawa beroperasi kembali setelah berlakunya penukaran dari Blogspot ke Dot com. Bukan tak dapat bukak macam Cik Epal punye tu ye..hehe ni tak leh bukak coz under maintenance. Ni bukan riak atau apa ye..Wawa sekadar nak berkongsi kegembiraan ni.. harap maklum ye.. :)

Rasa macam dah lama je tak bukak blog. Padahal baru sehari kot. Ngade kan? huhu And akhirnya tadi  Mr.Hubby gtau yang Miszwawa.com dah dapat bukak. Yabedabedooo!!! Akhirnye blog Wawa da dapat bukak and dah elok. huhu Suke-suke-suke-suke lah!! =)

Oklah..kat sini Wawa nak share lah perkhidmatan yang Wawa gunakan untuk tukar Blogspot yang dulu ke Dot Com sekarang. Wawa gunakan perkhidmatan dari Weirdobytes.com yang mana menawarkan domain yang murah. Actually, pasal domain termurah di Weirdobytes.com ni dah di promosikan oleh Yoy's Network. And perkhidmatan yang diberikan memang murah lah. 

So, kepada kawan-kawan bolehlah dapatkan perkhidmatan dari Weirdobytes.com ni coz harga yang ditawarkan serendah-rendahnya. Only RM28.80 kawan-kawan boleh dapatkan domain .com/.net/.org untuk setiap tahun. Selain tue, mana-mana students pun boleh dapatkan Domain+Hosting coz Weirdobytes ade sediakan Student Packages! Hebatkan? hehe Jom clik ramai-ramai! (^_^)



p/s: terima kasih untuk Miszwawa.com..love it!! (+_+)

Apr 15, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby.com

Assalamualaikum.. (^_^)

Salam Jumaat dan salam bersolat jumaat kepada kaum adam dan juga kaum hawa. Ok lah..tanpa membuangkan masa, dengan ini saya mengumumkan...esok hari SABTU!! Cuti-cuti!! :D Takdelah main-main je.. (^_^)

Oklah..tadi g lawat blog MiszLullaby yang comel and tengok bakal doktor dari Moscow ni ada buat giveaway pulak. And ofcoz giveaway nya dari Moscow jugak. hehehe Ni 1st tym Wawa join giveaway dari mana-mana blog. Rasa nervous pun ada coz ML a.k.a Miszlullaby akan buat macam cabutan bertuah gitu. huhu Ok antara syaratnye adalah kena wat entry pasal ML ni. Nak kena wat betol-betol ni..huhu 


Giveaway yang ML buat ni sempena untuk dye meninggalkan tempat belajarnya di Moscow. ML ni amek medic kat sana sama dengan kawan Wawa. Tapi Wawa tak sure lah ML ni satu uni or tak ngan kawan Wawa tu. huhu Dan yang pastinye balik ke Malaysia nanti ML akan menjadi doktor + menjadi isteri coz ML ni da bertunang. hehehe Sje je nak mention kan? :D  Kalau dulu ML cakap dye kasi makeup untuk giveaway yang lepas..tapi kali ni ape ek..kawan-kawan agak apa ye? huhu Sama-sama lah kita tunggu yo! :D

Kepada ML, Wawa doakan semoga ML  sentiasa sukses dalam pelajaran dan juga kerjaya yang akan datang nanti. And yang pastinye Wawa suke gambar-gambar tym ML travel coz i love travel too!! Jelez.. :D

So,,kepada kawan-kawan yang nak join GIVEAWAY FROM MOSCOW by MISZLULLABY ni..boleh lah join dengan kadar kelajuan yang minimum..biar lambat asalkan selamat..hehehe :D Untuk memenuhi syarat last, Wawa tag 5 orang kawan yang Wawa rasa comey + ngetop. Join yo..jangan tak 
join..hehehe :D 


So, sekian sahaja persembahan kita pada hari ni..jumpa lagi di hari dan waktu yang sama. Stay Tune!! hehehe



p/s: harap-haraplah tiket flight g Moscow! hehehe jgn mare yo ML..:)

Apr 14, 2011

Minyak Kelapa Dara? Dara Ke Minyak Tu? :D

Assalamualaikum... (^_^)

Hari nie Wawa agak busy cket. Coz class sampai petang and tengahari tadi g anta barang yang customer beli. So, agak terhad masa. Tapi nasib baek lah class Wawa start kul3.30 and ada masa untuk makan + solat zohor + berinternet..hehhe Tadi tengahari tadi duk cite ngan Mr.Hubby tentang blogging. Wawa cakap kat Mr.Hubby yang sekarang ni Wawa dah minat untuk berblog and boleh dikatakan selalu pikir " harinie nak cite pe ye kat blog"..huhu Sampai macam tu sekali. Ish3!! :D Maybe sebab Wawa baru dapat nikmat berblogging kot walaupun before ni da banyak da blog yang Wawa ade tapi tak pernah kekal. huhu 

Erm..cukup yang tu untuk mukadimah. Nantikan ntah apa lah yang Wawa lalutkan lagi. huhu Oklah..actually entry kali ni jugak adalah untuk niat berkongsi dan sekaligus untuk membuat promotion keatas perkara yang sekarang tengah HOT + GLAMOR nie..huhu Coz boleh dikatakan setiap blog yang Wawa tengok dok promosikan + bercerita pasal benda alah ni. Semua kawan-kawan macam dah tau je? Ala...tak besh lah nak cite. Tapi takpelah apa salahnye kite berkongsi apa yang kita tahu kan? Sharing is caring..rite? hehehe

VCO ni lah yang Wawa makan + sapu.. (^_^)


Kawan-kawan ofcoz da tau apa kan Minyak Kelapa Dara rite? Ala...VCO.. Virgin Coconut Oil tu? Wah..bukan maen lagi angguk kepala tau ek..huhu Ok lah..sebenarnye Wawa adalah pengguna kepada product ni. Yup..betol. Tak tipu pun. Ni adalah 1st tyme Wawa pakai. Wawa dapatkan VCO ni dari adeq comey kite iaitu IRINE NADIA..Wawa beli dari dye. Coz before ni Prof. Wawa dah bercerita pasal VCO ni. Tapi kitaorg wat bodoh je. Tak ambil tahu pun apa yang dia cakap. Last-last Wawa tengok review yang adeq irine buat kat blog dye pasal VCO ni. So, benda ni macam menarik. Wawa pun beli la 1. :D


Kebaikan guna VCO..(^_^)


VCO @ Minyak Kelapa Dara dari pandangan Wawa setelah guna 3 minggu :

  • Menjimatkan tenaga. it's mean VCO ni konsep dye 2 in 1. Wawa boleh makan + sapu minyak VCO ni kat muka before tido. Nyaman! =)
  • Bangun pagi-pagi kulit muka akan jadi lembut persis baby. Lembut dan bila pegang je, secara automatik akan cakap macam ni.. "Eeee...lembutnye kulit kite".. hehehe (^_^)
  • Senang untuk diuruskan. VCO ni dalam capsul. So, senang lah untuk makan coz juz telan dan bagi untuk sapu malam tu, Wawa juz cucuk ngan peniti and pakai kat muka. Easy rite? :D
  • Last but not least, Wawa rasa VCO nie memang berbaloi-baloi untuk dimiliki coz murah je. RM39.90 only. Kalau yang laen kita boleh beli.. takkan lah barang yang berkhasiat kite tak nak kan? So, Wawa hanya belanjakan RM39.90 je untuk dapatkan VCO ni..murah x?
Ok kat sini Wawa sertakan sekali info + khasiatnya Minyak Kelapa Dara @ VCO dari Catalyst... :D



Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepualauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.


Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnnya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Fungsi&Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :


Untuk kegunaan luaran : 

1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .

2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar

3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit

4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama

5. Mengatasi masalah kulit berminyak



Untuk kegunaan dalaman :

1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi

2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino

3 . Melegakan pernafasan

4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil

5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar

6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon

7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Kepada kawan-kawan yang belum lagi mencuba dan ingin mencuba..jangan ragu-ragu. Berbaloi-baloi dan berkualiti. 

So, kepada kawan-kawan yang berminat boleh lah membuat tempahan dengan Wawa ye hanya RM39.90.  Kawan-kawan yang berminat boleh lah emailkan kat aireen1503@gmail.com.. Selamat Mencuba!! :D 

Apr 13, 2011

Drama Korea Dream High Yang Ada Aweq Comel + Laki Hemcem.. :)

Assalamualaikum.. (^_^)


Dream High! Kawan-kawan dah pernah tengok cite Dream High nie belom? Belom lagi? La..nape belom tengok lagi? Ruginye. Takpelah, pasni tengok ek. huhu Actually, Wawa baru je katam cite nie semalam. Bessshhh. Dream High ni salah satu FAVOURITE Wawa selepas cite Secret Garden. Dah pernah tengok Secret Garden tak? Belom jugak? ish3!!huhu Takpe lah. Masing-masing punye minat masing-masing kan? huhu

Ok lah. Entry nie actually nak kongsi cite yang Wawa tengok ni, Dream High yang ada 3 aweq comel, kiut miut + 3 jejaka hemcem. Ada yang Wawa berkenan kat dalam tu. Dah lah comel kan..sweet plak tu..huhu So, jom kite kongsi bersama. :)


Drama Dream High tentang 6 pelajar yang mana masing-masing memang minat terhadap musik + berbakat + bercita-cita tinggi untuk jadi superstar. Tapi before dorang ni berjaya, macam-macam masalah + kesulitan yang mereka kena tempuh untuk berjaya. Akhirnye dorang berjaya juga jadi superstar coz dibantu dan diberi sokongan oleh cikgu-cikgu kat tempat dorang belajar, Kirin High School of Arts. School ni khas untuk belajar music sahaja. Kire untuk jadi penghibur boleh masuk sekolah ni..



Sedikit sinopsis dan info tentang cite ni ye.. =)


Korean title: 드림하이
Korean romanization title: Deurim Hai
International/Literal title: Dream High
Running period in Korea: 3rd January 2011 to 28th February 2011
Running period on KBS World: 24th January 2011 to 15th March 2011
Total episodes: 16 + 1 Special
Runtime (Malaysia): Mon & Tues 9.03pm-10.13pm (70 mins) KBS World
Genre: School, family, romance




Main Actor/ess :
Bae Suji as Ko Hye-Mi , TaecYeon as Jin-Kuk , Kim Soo-Hyun as Song Sam-Dong , Eun Jung as Yun Back-Hee , Wooyoung as Jason , IU as Kim Pil-Suk

Synopsis (taken from KBS):


Kirin arts High School is a prestigious school which trains students how to dance and sing. The director and 4 fellow teachers operate the school and they are strict teachers who never overlook students being neglecting and not practicing. These talented, strict teachers have produced majority of stars and now they are waiting for new students to cultivate. This year, a group of special kids enter into the school. Song Sam-Dong lives in the country side and dreams of becoming an owner of a stock farm. However, after he falls in love with Ko Hye-Mi at first sight, he follows her to Kirin Arts High School. There, he discovers his musical talent and strives to become a world-class singer. Jin-Kuk is a gifted dancer, but a troublesome kid. He has grown up rebelling against authority but the director sees the potential in him and encourages Jin-Kuk to enroll in the school. There, Jin-Kuk’s talent blossoms and he’s now eager to become a global star. Ko Hye-mi looks like a confident girl but she is hiding pain and sadness behind her proud smile as her family falls into debt. She is loved by both Jin-Kuk and Sam-dong. Students, with all different charms and personalities, meet at Kirin Arts High School, where they slowly pour their hearts out to each other, and become friends…or for some of them, lovers.. Follow the lives of these students who struggle to become a world star at “Dream High”.




*****************************************************************
So, kawan-kawan da dapat tau kan sinopsis + sapa yang berlakon? Pasni boleh lah tengok kan..huhu Ok lah, nak sambung wat keje lak..Wawa tinggalkan dengan beberapa gambar yo..huhu :)








p/s: Layan lagu-lagu Dream High!! :D

Apr 12, 2011

Wawa Di Dunia Fantasy?? :D

Assalamualaikum.. (^_^)


Camat Pagi semua. :) Hari ni cuaca baik sekali lagipun hari nie Wawa tak de class pagi. Tu yang baik tu..hehee Semalam tak dapat nak update blog coz agak bz semalam nak ciapkan PSM untuk anta kat penyelia. Dan Alhamdulillah..akhirnye ciap jugak PSM Wawa + binding semua-semua2..Tapi belum anta lagi lah coz penyelaras Wawa tak datang kerja semalam. Cuti kot..huhu

Ok lah..actually ni entry untuk Cik Lululalalengleng coz da buatkan PICTURE DUNIA FANTASY yang diwar-warkan kepada sekian alam. hehe Cik Lulu janji nak ciapkan keesokannya after Wawa post pasal kebajikan dye. Siapa yang belum tau..BACA sini ok? :D Dan seperti yang dijanjikan..esoknye da ciap. Memang cepat betol kerja Cik Lulu ni + awesome + mantap. Bile Wawa tengok je hasil yang dye wat.. Wow!! cantek nye..bukan Wawa tapi hasil yang dibuat tu cantek.. Then, Wawa tunjukkan lah kat rumet + kawan2.. semua jelez tau...huhu Jom kite tengok hasilnye... TAAAADAAAAA!!! 

Dunia Fantasy.. hehehe :D

i loike it...(^_^)

Terima kasih Cik Lulu coz dah buatkan yang ter'AWESOME' kat gambar Wawa. Wawa appreciate sangat!! Next time...boleh lah buat lagi kan??? hehehehe :D

SO,,kepada siapa-siapa yang nak gambara macam Wawa..boleh lah terjah blog CIK LULU ni ye..berbaloi-baloi... :D




p/s: hari nie hati bunge-bunge..nape ek? hehe (^_^)



Apr 10, 2011

PICTURE DUNIA FANTASY by Lululalalengleng

Assalamulaikum.. (^_^)

Before pergi jauh nak teroka ni.. Wawa nak tanya kawan-kawan dulu..kawan-kawan tau dak sapa budak lululalalengleng  ni? Ala..yang wat gambar Cik Epal dan Yuyu Zulaikha jadi kiut miut tu? Kenal dak? Haaa..kenal  pun..Bagus lah kalau kenal..camtu tak yah lah Wawa nak perkenalkan Cik Lululalalengleng ni lagi ek..huhu 

Act, tadi g blog Cik Lululalalengleng ni and baca lah entry pasal PICTURE DUNIA FANTASY. Dye ada offer untuk editkan gambar fantasi macam Cik Epal dan Yuyu Zulaikha tue.  Baikkan Lululalalengleng ni? hehehe Kalau nak suruh dia buatkan boleh je, tapi before tu..kena lah wat entry pasal Cik Lululalalengleng ni sikit. :D

PICTURE DUNIA FANTASY..

Wawa kenal blog Cik Lululalalengleng ni pun dari blog Cik Epal coz Cik Epal ada mention pasal hasil kerja lululalalengleng ni. Bile tengok pe yang lululalalengleng da buat kat Cik Epal memang awesome. Cantek!! (Tak tipu ok!) So, Wawa pun masuk lah blog lululalalengleng ni dan jadilah follower dye yang ke berapa tu tak tau lah. Coz time tu dah ramai dah follower dye..huhu So, from that time, Wawa selalu lah jugak check in kat blog dye ni tengok hasil kerja yang dye buat and memang kagum. Bila je Lululalalengleng ni ade offer kebajikan yang dia nak buat ni..Wawa pun amek lah kesempatan ni untuk join. hehehe 

So, kepada gugurlz + boboy yang ingin kan gambar cantek + kiut miut macam Cik Epal, Yuyu Zulaikha dan Lyaa Suriany...jangan lupe untuk follow Cik Lululalalengleng ye...dan yang pastinye jangan lupe untuk join..berbaloi-baloi!! hehe :D 




p/s: 1st time ni wat review psl blog org laen.klau ade slh silap harap di maafi..(^_^)

Senam Pagi.. :)

Asslamualaikum.. (^_^)


Hari ahad wajib bangun awal seawal jam 7 pagi. Gara-gara aerobik ke Mutiara Rini. So, sekarang ni agak rajin ke sana. Lagipun, bagus bangun awal-awal + wat senaman ni. Ni pun Wawa baru je sampai bilik. Coz tadi after aerobik + maen badminton kat Mutiara Rini, g makan dulu kat tempat biasa. Hari nie sedih coz tak dapat nak makan roti jala yang besh. N Mr.Hubby tak dapat makan nasi dagang. Kempunan lah nampaknye budak tu...huhu 

Hari nie Wawa join aerobik dari awal sampai abiz coz last week tak sampai separuh jalan dah berenti. Bukan kerana tak larat or penat ok? Coz pengajar aerobiknye kurang besh. Besh tu besh. Tapi kurang cikit coz guna step yang sama je. Wawa ni dah lah cepat boring. SO, tak sampai separuh dah berenti. Tapi naseb lah hari nie follow sampai abiz. huhu 

Ok lah...da abiz da update laju-laju. Nak sambung buat keje laen lak. Nanti bile rajin update lagi. (^_^) Gambar yang diambil pada minggu lepas coz hari nie tak bawak kamera. So, ada budak kecil comel yang ikut aerobik ngn kitaorg skli..hehehe :)







Eh..ni zapin ke shuffle? Dua-dua sekali la kot...hehhe :P



p/s: kredit to Haizatt Abdul for the pic..huhu :)

Heade Baru~~~lalalalaa.. :)

Assalamualaikum... (^_^)


Alhamdullillah...akhirnye dapat tukar header baru setelah 1 hari dok gode pe yang nak digantikan dengan header yang lama. Walaupun tak cantek macam kat blog orang lain.. tapi kirenye ok la kot..huhu Ok pada Wawa la..kalau orang lain tu tak tau la..huhu Al-maklum lah tak kreatif macam orang lain..huhu

Recycle gambar lama akhirnye dijadikan header. Header kali ni ade Spek tipu a.k.a kacamata. hehe Saje je letak coz nak nampakkan kelainan sikit..heheh Tapi bila tengok balik..cam kelakar pun ade..huhu Ok la..persembahkan header Wawa yang tak berapa nak cantek..huhu :)


p/s: Kalau lah ade orang watkan header untuk Wawa kan besh..memang melompat kegembiraan lah.. (berangan!) hehehe :D

Apr 9, 2011

Rindukan Beijing.. :(

Assalamulaikum... (^_^)


Nie kali ke 2 update blog. Ntah nape tibe-tibe lak rajin nak update lagi sekali. Padahal dalam entry last baru je cakap tak sempat nak update kan? hahaha keling punye budak. Takpolah nak update jugak.huhu Actually, tadi tengok-tengok gambar untuk dijadikan header baru. Tapi tak jumpe lagi mana yang cun..(prasan)..hehehe And terjumpe lah gambar lain. Gambar time kat Beijing bulan 1 yang lepas. Sapa yang tak baca lagi. Boleh baca sini. hehehe :)


Ngah syok2 tengok gambar..sebak datang tanpa diundang. Coz pengalaman yang tak kan dilupakan buat selama-lamanya. RINDUKAN BEIJING SAAT INI :




  •  kami sama-sama berada di dalam musim winter yang mencecah -10 darjah pada sebelah malam. Kulit pun dah kering-kering. huhu
  • Rindu nak maen ski lagi walaupun tak pandai + jatuh berkali-kali. Naseb kaki tak terseliuh je. Kalau tak memang tak berjalan lah kat cne. 
  • Rindukan makanan kat kedai cina yang halal tu. Yang paling besh makanan masin + pedas. Nak-nak lagi sayur kacang panjang yang pelik tapi BESH. nyum3!! :)
  • Rindukan suasana angin berangin kat Forbidden City. 
  • Rindukan suasana shopping kat Beijing coz sakan kitaorg shopping sampaikan kena tarik-tarik baju. Naseb kami kuat. hehe (ada kaitan ke? :P
  • Yang pastinye rindukan 3 hotel yang kitaorg tinggal. Coz semuanya punye keistimewaan yang tersendiri.  :)

OK! Dah abiz rindu da..hehehe nanti bile rindu lagi update lagi ok.. So, jom mengimbau kenangan lama. Supaya rindu ni terubat...huhu  :)









Kemalasan dalam menghupdate blog coz PSM~~

Asslamualaikum.. (^_^)

Rasanya da berminggu-minggu kot tak update blog.  Di sebabkan kerja yang bertimbun lana tak ciap lagi, maka blog tercinta di abaikan dengan jayanya. Disebabkan juga emosi yang turun naik  maka blog pun tak dapat udpate. Cian nye..huhu PSM yang tak ciap-ciap lagi. Dah banyak kali amend and amend and amend. Tak tahu kat mana kurang. Tak tahu kat mana salah. Maka muke blurr setiap kali jupe SV. And apa yang SV cakap pun da tak lekat kat kelapa. Masuk telinga kiri, kuar telinga kanan.

Tinggal bape minggu je lagi nak Viva. Moga-moga lah hari isnin ni anta, Sv terima dengan jayanya and tak payah amend lagi. Perasaan penat coz asyik kne amend. Sabo jelah. huhu Tapi xpela..Wawa terima dengan seadanya. Think +ve. Ni maybe ujian dalam nak menempuh kejayaan. So, kite kne lah berkorban cikit.. Ye dok? huhu

Ok lah. Nak berciap-ciap nak g makan. Perut da berbunyi lagu keroncong ni. hehehe...


p/s: rumet g CS arini, rugi gler tak ikut...pshl Mr.Hubby bangun lmbt. Menci tau.. :(

Apr 1, 2011

Pulun Jangan Tak Pulun~~

Assalamualaikum...

mengenangkan nasib entah dapat ciapkan ntah tidak lah ni..aishhhh.. T_T

Semalam dapat berita tidak berapa nak baek. Penyelia PSM Wawa post kat dalam FB yang kitaorg kena anta final report tesis + article this MONDAY!! Memang terkejut giler and jantung rasa macam nak berhenti je..tapi tak berhenti lagi lah..coz sampai sekarang masih bernyawa. Alhamdullillah.. ^_^

Semua budak class macam culture shock coz semuanya tak siap sepenuhnya dan termasuklah Wawa sendiri. Tak puas hati pun ada. Nak di jadikan cerita kenapa ktorg tak puas hati coz b4 dis my lectrr post kat FB yang tarikh anta final report semua2 tu 14hb.4...see? Jauh tu 4 and 14...mau nye semua tak kena kejutan budaya. hehehe So, nak tak nak, terpaksa lah kami semua follow the date and anta 4.4.2011..Abiz program weekend ni. Da lah esok ade tournament bowling. Kan da rugi tak dapat join. Tapi tak pelah yang penting siapkan  my thesis ni dulu and then baru g berseronok. huhu

So, sekarang ni da stat pulun la ni untuk siap kan. And hope yang Wawa dapat siapkan my thesis dalam waktu yang ditetapkan. Doakan Wawa ye kawan2..Orang yang berdoakan untuk orang laen, nescaya dye akan mendapat lebih keberkatan. :) Oklah, nak ciap2 jap..nanti dah nak masuk maghrib. Nak g makan + g jj..beli raket badminton! hehhee :)



p/s: Ahad ni aerobik lagi. Mr.Hubby akan pakai pakaian sukan. suke3!! ^_^