HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Nov 1, 2011

10 PERLAKUAN YANG MEROSAKKAN OTAK

Assalamualaikum.. (^_^)


Now Wawa dah dalam kelas. Ngah tunggu Dr.Nadzri datang. So..untuk permulaan harini Wawa nak share something tentang otak kite coz jap lagi Wawa akan guna otak ni untuk belajar. huhu Jom kite selami apa perlakuan yang boleh merosakkan otak. hehee


otak yang cerdas dan bijak.. :)
1. Tidak mengambil sarapan pagi :-
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan :-
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok :-
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan :-
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara :-
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur :-
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur :-
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat :-
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi :-
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir :-
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.





p/s: kadang2 Wawa pun x breakfast..hehe


sumber: facebook..

4 comments

November 1, 2011 at 8:56 PM

sy jarang gila sarapan pagi. padan la otak lembab. heheh

November 2, 2011 at 8:52 PM

hehehe..2 kajian yg mengatakan..jgn la ckp otak awak lembab..sedih dengar nye..hehee

so..pasni..bfast la selalu ye.. :)

November 14, 2011 at 9:41 PM

wawa suka peluk bantal sampai kadang tertutup muka.. ish..

November 15, 2011 at 9:23 PM

eh..yeke? mcm same lak kte..pasni tdo dh xbleh tutup muka la..hehhe :P

Post a Comment