HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

May 15, 2011

Sutera Bidadari..

Assalamualaikum.. (^_^)

Harinie hari paling besh walaupun simple. Coz harinie g karoke ngan Mr.Hubby sampai sakit anak tekak. Nyanyi lak lagu yang nak tinggi-tinggi walhal sore hampeh! huhu Tapi btol la orang cakap..bila kita karoke kita akan buang segala stress yang kita ada. Maknanya dapat lapangkan dada dan pikiran. huhu

Malam ni Wawa nak kongsi 1 buku hasil karya Ramlee Awang Murshid iaitu Sutera Bidadari. Before ni Wawa ada mention nak update pasal novel ini at this entry. Actually buku ni beli 3 minggu yang lepas. Wawa kirim kat rumet time dye g pesta buku hari tu. Bila je tau yang Sutera Bidadari kuar..memang teruja abiz la. Nasib lah rumet Wawa beli kan. Cian rumet kena beratur nak beli buku Wawa. Mekaceh ye rumetku.. (^_^)

Actually, buku Sutera Bidadari ni baru je launch at that time hanya ada kat PWTC. And Ramlee Awang Murshid sendiri yang tandatangan kat buku Wawa. Walaupun tak dapat jumpe..dapat tandatangan pun jadi lah. hehehe Sutera Bidadari adalah sambungan daripada kisah Cinta Sufi. Siapa yang mengikuti novel Ramlee Awang Murshid, pasti tau kan? huhu 


 Sutera Bidadariku... 

Ramlee Awang Murshid sign..hehehe :D

Sedikit sinopsis pasal novel Sutera Bidadari nie yo... :)


Sutera Bidadari bersifat peribadi. Novel ini kembali kepada konsep asal iaitu gabungan kisah antara dua zama - tahun 1511 dan abad ke-21. Dipenuhi aksi mendebarkan yang tidak tertumpu kepada Saifudin semata-mata tetapi turut menampilkan pejuang pembanteras kejahatan abad ini iaitu Saifullah. Aksi persengketaan antara Saifudin dan Taghut telah menerapkan aspek pengembaraan dan pertarungan terakhir antara kedua-duanya. Cerita kali ini membentuk emosi yang mana terdapat watak baru iaitu Sang Dewi yang terlahir atas sumpahan sihir Maharani Kerajaan Pulau Utara suatu waktu dahulu. Begitu juga dengan Maryam dan Luna. Mereka ini sama-sama mencintai Saifudin namun tiada siapa diantaranya yang berjaya menyentuh hujung hati Laksamana Sunan. Dan perjuangan tidak berakhir pada tahun 1511 sahaja, bahkan ianya dilanjutkan pada abad ke-21 menerusi watak Saifullah. 


Kepada yang belum baca..boleh lah dapatkan. And pasti akan rasa puas + teruja. Rasanya sekarang dah ada kat kedai buku kot. huhu After ni akan ada novel Ramlee Awang Murshid yang baru. Fiksyen 302. Sama-samalah kita menanti. :)



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry di blog Wawa.. (^_^)

2 comments

May 15, 2011 at 1:27 AM

ala...xterbeli lg novel terbaru RAM ni
pinjam leh?
hehe

Entry Terkini: Identiti Pengirim Sampul Surat Misteri Kini Sudah Terbongkar!

May 15, 2011 at 10:18 AM

huhu..boleh2.. :P
beli lah..murah je..heheh

Post a Comment